Adsense

Maksud Personaliti Disebalik Tahi Lalat yang Wajib Kamu Tau !



Setiap individu pasti ada tahi lalat yang melekat di tubuh anda termasuklah pada kawasan muka anda. Pernah tak anda terfikir apakah maksud tersirat disebalik tahi lalat anda itu?

Haa jangan risau, kali ini SURIAfm akan bongkarkan maksud setiap demi setiap kedudukan tahi lalat anda. Jom kita check it out!

Bibir

Ini menunjukkan anda seorang yang bijak dan mempunyai sikap baik hati. Anda juga sangat disenangi dan disayangi oleh orang disekeliling anda kerana sikap peramah dan mesra apabila berhadapan dengan seseorang atau kenalan baru. Ada yang mengatakan dia seorang yang manis apabila berkata-kata dan tidak mudak mengaku kalah dalam apa yang anda lakukan.

Leher

Bagus! Anda seorang yang cerdas dan kuat ingatan kerana banyak benda yang anda tahu. Anda juga seorang yang rajin terutama dalam membaca dan sukakan cabaran.

Mata

Seorang yang baik dan sopan? Ye, itu anda! Apabila seseorang bertanyakan tentang soalan yang anda tidak senang untuk jawab, anda akan manipulasi jawapan anda supaya mereka tidak memperlekeh atau fikir sebaliknya tentang anda. Kadang-kadang anda suka membohong kepada orang yang anda jumpa tetapi atas tujuan yang baik.

Punggung

Orang memiliki tahi lalat di punggung ini menunjukkan seorang yang malas dan suka duduk. Jika anda memilikinya, anda akan mengalami kesulitan untuk bangun apabila anda sudah mula duduk.

Betis

Anda seorang yang tidak suka duduk diam. Anda merupakan seorang yang jenis rajin dan suka bekerja. Kadangkala anda juga suka boros atas perkara yang tidak mendatangkan faedah kerana anda suka perkara yang menarik minat anda hanya pada ketika itu sahaja.

Lutut

Tahi lalat di lutut melambangkan seseorang itu tidak suka untuk berusaha dan mengharapkan kepada orang lain. Jika ditegur, dia akan tidak peduli atas teguran.

Kepala

Ia menunjukkan anda seorang yang jujur, sabar dan tekun dalam melaksanakan sesuatu. Anda selalu didatangi dengan pelbagai rintangan dan itu membuatkan diri anda menjadi kuat dan kental.

Kening dan Hidung

Anda seorang yang cekap dalam melakukan kerja. Memiliki tahi lalat di hidung menunjukkan anda disukai ramai. Tetapi dalam diam andajuga seorang yang keras kepala dan ego. Bagi anda, pendapat anda sahaja yang betul dan anda susah untuk terima pandangan orang lain.

Dada (Lelaki dan Perempuan)

Ia melambangkan anda seorang yang baik hati. Sifat baik anda membuatkan anda mempunyai ramai kenalan dan setia pada pasangan anda. Bukan itu sahaja, anda juga seorang yang pendiam dan suka menyimpan rahsia.

Pipi

Yang ada tahi lalat di pipi memang nampak manis sahaja bila dipandang. Kebanyakkan lelaki akan mudah jatuh hati kepada perempuan yang ada tahi lalat di pipi. Anda juga seorang yang pemalu walau bagaimanapun anda masih mempunyai ramai kawan.




http://www.kesehatanterkini.com/2018/04/jangan-tak-tahu-daun-kari-boleh-cegah.html



sumber : suriafm

0 Response to "Maksud Personaliti Disebalik Tahi Lalat yang Wajib Kamu Tau !"

Posting Komentar